Status pemuliharaan Enggang Narkondam

Beberapa kehadiran manusia di pulau tersebut telah diperhatikan baru-baru ini dan sejak 2009, enggang Narkondam telah mempunyai status Pemuliharaan Terjejas.[20]

Pulau Narkondam sebahagian besarnya pada masa lalu tidak berpenghuni. Kambing telah diperkenalkan beberapa kali di pulau tersebut pada masa lalu, dan lawatan pada tahun 1991 mendedahkan bahawa kambing liar telah membiak di sekitar kotakara polis lama. Pada tahun 2011, terdapat usulan oleh Pengawal Pantai India untuk mendirikan stesen radar dan stesen penjanaan kuasa diesel untuknya di pulau tersebut. Perkara tersebut ditentang kerana ancaman peningkatan kegiatan dan gangguan manusia dan ancaman kepada beberapa spesies pulau endemik, termasuklah enggang Narkondam. Rancangan tersebut akhirnya dibatalkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Hutan pada tahun 2012.[14][21] Bagaimanapun, berikutan kegiatan pemantauan orang China di Pulau Koko,Myanmar yang bersebelahan, persetujuan untuk stesen mendengar telah diberikan pada Jun 2014.[22]

Rujukan

WikiPedia: Enggang Narkondam http://economictimes.indiatimes.com/environment/de... http://www.currentscience.ac.in/Volumes/105/03/034... http://www.moef.nic.in/sites/default/files/wl-0409... http://www.ijcs.uaic.ro/public/IJCS-15-12_Kumar.pd... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23438388 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://speciesplus.net/#/taxon_concepts/4476/lega... https://animaldiversity.org/accounts/Rhyticeros_na... https://archive.org/stream/strayfeathersjou11873hu...